Ahad, 31 Julai 2011

Umat Islam di M'sia mula berpuasa esok

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin ini, 1 Ogos 2011, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada 26 Julai lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.~ Malaysiakini

Jumaat, 29 Julai 2011

Rasia Kijang Jantan

Kasturi bertindak sebagai haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional.Ia merupakan rasia yang paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.Sekian lama sejak zaman berganti rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.Sesuai dengan puisi melayu,lagu berunsurkan cinta dan bicara romantis anak muda.Perkataan'seharum kasturi'tidak pernah dilupakan.

Sebetulnya istilah kasturi merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.Kebiasaannya terdapat antara perut dan genital.Kasturi juga bukan ajaib jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut,seperti di leher,bahagian atas badan dan kepala.Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut,bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.

Jika diketuk,bijian kecil(warna hitam)akan terkeluar dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.Sejak zaman berzaman ia telah digunakan dalam pembuatan wangi-wangian.Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih bertahan lama.Kajian mengatakan hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus(tikus pengotor pun ada ka?).Apa yang di maksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat.Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.

Percayakah anda warga Bangladesh dan Pakistan membelinya untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan..?? Petikan dari hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Bazzar yang bermaksud “Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran)dan buminya kasturi”
Satu hadis lain yang diriwayatkan oleh imam Muslim ialah, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi”.Para pembaca yang budiman marilah kita ketahui apakah khasiat tentang kasturi ini.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat,di antaranya ialah :-

1)Memberi kekuatan pada roh.
Haruman adalah santapan roh,manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

2)Menenangkan Jiwa.(reality ako dah cuba)

3)Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.

4)Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.

5)Menghilangkan debaran jantung.(Efektif untuk orang sakit jantung,InsyaAllah).

6)Menghilangkan Sesak Nafas.

7)Melegakan Lelah(Asma)

8]Menyedarkan orang yang pengsan.(Histeria pun boleh)

9)Memperkuatkan organ luaran tubuh(Untuk lelaki lu pi kay lah sendiri..)

10)Memperkuatkan organ dalaman tubuh.

12)Menghilangkan sejuk tubuh.

13)Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh.(Awas bagi yang tengah cintun)

14)Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang.

15)Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing

16)Menjernihkan mata putih pada mata.

17)Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan.

18]Mencegah wabak penyakit.

19)Melanjutkan usia.(InsyaAllah)

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

sumber: Madrasah Darul Atiq

~Bicara penulis jika beminat untuk membeli bolehlah menghubunggi pengedar ditalian 010-8043200(Tune Talk)atau tinggalkan pesanan jika tidak berjawab.Harga Istimewa untuk sepanjang Ramadhan 2011.~




Info Ini di petik dari
www.abdulfarique.com/2010/.../khasiat-wangian-kasturi-kijang.htm..

Ihya' Ramadhan 1432 Hijrah

Abu Hurairah menyatakan: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan"

(hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)