Dukun bola punya angkara
Isnin, 8 Ogos 2011
DUIT SYILING BARU ADA LAMBANG PENYAMUN?
MUNGKIN ramai pembaca yang sudah mengetahui tentang berita kemunculan matawang syiling baru Malaysia yang diumumkan di laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia baru-baru ini [BNM].
Pembaharuan yang jelas boleh diperhatikan, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling berwarna kuning keemasan dengan nilai RM 0.50 dan RM 0.20 di samping duit syiling bernilai RM0.10 dan RM0.05 bewarna perak dengan cetakan corak yang baru.
Namun begitu, satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak "Star of David" yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. Rujuk gambar di bawah ini.
Persoalannya, adakah "Star of David" sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?
Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika "Star of David" pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/panas-bendera-israel-dalam-syiling-baru.html#ixzz1UNvD9skK
Isnin, 1 Ogos 2011
KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jantung berada dalam keadaan stabil.
Bernama yang memetik kenyataan Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid sebagai berkata menteri besar itu yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.
"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

Dato’ Mat Noh Ahmad dimasyhurkan sebagai Datuk Bandar MBAS
Selasa, 26 Julai 2011 16:12 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM
ALOR SETAR, 26Julai - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Tauliah Pelantikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Istana Anak Bukit.
Bekas Pegawai Daerah Kulim, Dato’ Haji Mat Noh Ahmad dilantik menjadi Datuk Bandar MBAS berkuat kuasa pada 17 Julai 2011 dan menerima Tauliah Pelantikan daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah, hari ini.
Majlis dimulakan dengan keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah di Balai Penghadapan. Sejurus ketibaan lagu Allah Selamat Sultan dimainkan.
Acara dimulakan dengan perarakan masuk Al-Quran, Chokmar dan Keris oleh tiga orang pegawai ke Balai Penghadapan. Kemudian Ketua Istiadat Dato’ Bijaya Indera menghadap KDYMM Tuanku Sultan memohon limpah perkenan bagi memulakan istiadat.
Diikuti dengan Datuk Bandar mengangkat sumpah dan menanda tangani Penerimaan Pelantikan Pengurniaan Watikah Pelantikan Datuk Bandar dari KDYMM Tuanku Sultan.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Negeri Kedah Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderuddin Ahmad.
Turut hadir pada Majlis itu Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah, Menteri Besar Kedah YAB Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Bendahara dan Toh Puan Bendahara, YTM Tunku Temenggong dan Toh Puan Temenggong dan YTM Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.~Bernama

Langgan:
Catatan (Atom)